Follow by Email

Thursday, 30 June 2011

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Gambar Hiasan- First Fesfic Games-HongKong 2003 Bersama Mantan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas dan Atlit Negara Pendidikan Khas.Kontigen Malaysia dapat tempat kedua.

SALAM DAN TAHNIAH..UNIT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS TELAH DITUBUHKAN PADA BULAN MEI 2011 DAN KETUA UNIT PERTAMA TELAH DILANTIK PADA 13 MEI 2011. BELIAU IALAH ENCIK WAN ZULKIFLI BIN HAJI WAN MUDA YANG SEBELUM INI MENJAWAT JAWATAN KETUA UNIT PENGURUSAN INTRUKSIONAL, CAWANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS, BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS ,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS BERSAMA KETUA UNIT PENDIDIKAN KHAS NEGERI BIL.1/2011 TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN PADA 6 HINGGA 8 JUN 2011 DI D'FERINGGHI HOTEL, BATU FERINGGHI PULAU PINANG. IANYA PERMULAAN SEJARAH SEBAGAI LANGKAH PERTAMA PERKEMBANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI/PPKI NEGARA.

FUNGSI UNIT PPKI BPKHAS KPM

1. MENYELARAS PENGURUSAN PPKI PERINGKAT NEGERI/NEGARA
2. MENYELARAS DAN MENGURUSELIA ISU-ISU PPKI
3. MENYELARAS PEMANTAUAN PPKI
4. MENYELARAS PENDIDIKAN INKLUSIF

BIDANG TUGAS

1.     PENGURUSAN

        1.1.  MENYELARAS PERANCANGAN PROGRAM PPKI PERINGKAT
                NEGERI/NEGARA
        1.2   MENYELARAS PERMOHONAN ANGGARAN BELANJA
                MENGURUS PPKI
        1.3   MENYELARAS PELAKSANAAN KURIKULUM PENGAJARAN &
                PEMBELAJARAN
        1.4   MENYELARAS AKTIVITI KO-KURIKULUM PPKI
        1.5   MENYELARAS HAL EHWAL GURU
        1.6   MENYELARAS HAL EHWAL MURID
        1.7   MENYELARAS PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
                PEMBANGUNAN DAN PERALATAN PPKI
        1.8   MENYELARAS FUNGSI PEMBANTU PENGURUSAN MURID
        1.9   MENYELARAS PROGRAM KERJASAMA PINTAR
        1.10 MENYELARAS PELAKSANAAN KHIDMAT SOKONGAN

2.     ISU PPKI

        2.1  MENERIMA DAN MENGUMPUL ISU PPKI
        2.2  MENYELARAS TINDAKAN
        2.3  MENYELARAS MAKLUMBALAS
        2.4  MENYELARAS ISU PARLIMEN PPKI
        2.5  MENYELARAS PERLUASAN PPKI

3.    PEMANTAUAN PPKI

       3.1  MEMANTAU PENGURUSAN PPKI JPN
       3.2  MEMANTAU DAN MEMASTIKAN PELAKSANAAN
              DASAR PPKI JPN
       3.3  MENGAWAL SELIA PEMANTAUAN P&P PROGRAM PPKI
       3.4  MENGAWAL SELIA SUKAN, KO-KURIKULUM DAN
              KESENIAAN PPKI

4.    PENGURUSAN PENDIDIKAN INKLUSIF

       4.1  MENGAWAL SELIA PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
              DIJALANKAN MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN
       4.2  MENYELARAS PERANCANGAN PERLUASAN PENDIDIKAN INKLUSIF
       2.3  MENYELARAS PERANCANGAN DAN KECEMERLANGAN
              PENDIDIKAN INKLUSIF

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS UNIT PENDIDIKAN KHAS( SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS) DI JABATAN PELAJARAN NEGERI TERHADAP PROGRAM PPKI.

1.    MENYELARAS HAL-HAL PENTADBIRAN PPKI
       1.1   JAWATANKUASA KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
       1.2   JAWATANKUASA KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
       1.3   JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF
       1.4   JAWATANKUASA PROGRAM DISLEKSIA
       1.5   JAWATANKUASA PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
       1.6   JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS(LINUS)
       1.7   JAWATANKUASA DISIPLIN PENDIDIKAN KHAS
       1.8   PERJAWATAN GURU PENDIDIKAN KHAS
       1.9   PEMBUKAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
       1.10  PERJAWATAN GPK PENDIDIKAN KHAS DAN PENYELARAS PROGRAM
       1.11  BAYARAN INSENTIF MENGAJAR KANAK-KANAK CACAT
       1.12  PENEMPATAN MURID PENDIDIKAN KHAS MENGIKUT KEFUNGSIAN

2.    MENYELARAS BIDANG TUGAS GURU PPKI

       2.1   PENOLONG KANAN/PENYELARAS PROGRAM
       2.2   SETIAUSAHA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
       2.3   BENDAHARI PENDIDIKAN KHAS
       2.4   GURU KELAS PENDIDIKAN KHAS
       2.5   GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK BIASA PENDIDIKAN KHAS
       2.6   GURU MATA PELAJARAN
       2.7   GURU DISIPLIN PENDIDIKAN KHAS
       2.8   GURU STOK DAN ASET
       2.9   GURU PENDIDIKAN KHAS BERTUGAS MINGGUAN

3.    MENYELARAS PENGURUSAN FAIL-FAIL PPKI

      3.1   FAIL AM PENDIDIKAN KHAS
      3.2   FAIL PANITIA PENDIDIKAN KHAS
      3.3   FAIL KURIKULUM
      3.4   FAIL LAPORAN STATUS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
      3.5   FAIL PROFIL MURID
      3.6   FAIL RPI
      3.7   FAIL KOKURIKULUM
      3.8   FAIL DISIPLIN

4.    MENYELARAS DATA PPKI

      4.1   LAPORAN STATUS PPKI
      4.2   DATA GURU DAN PPM

5.    MEMOHON GERAN PERKAPITA PCG PPKI

      5.1   TUNTUTAN PCG PENDIDIKAN KHAS
      5.2   PENGGUNAAN PERUNTUKAN GERAN PERKAPITA PENDIDIKAN KHAS UNTUK
              AKTIVITI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH MENENGAH DAN
              RENDAH.
6.    MENYELARAS PENGURUSAN KELAS PPKI

      6.1   PENYELARASAN JADUAL WAKTU KELAS PENDIDIKAN KHAS
      6.2   PENYELARASN AGIHAN MATAPELAJARAN YANG SESUAI IKUT KEBOLEHAN
              MURID
      6.3   PENYELARASAN KEPERLUAN GURU IKUT MATA PELAJARAN
      6.4   PENCERAPAN GURU PENOLONG KANAN DAN GURU PENDIDIKAN KHAS
      6.5   KEPERLUAN UJIAN,PEPERIKSAAN DALAMAN DAN PEPERIKSAAN AWAM
      6.6   KEPERLUAN PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF DI PPKI
      6.7   KEPERLUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DISLEKSIA
              DI PPKI

7.    MENYELARAS HAL EHWAL MURID PPKI

      7.1   PENDAFTARAN MASUK MURID PRASEKOLAH DAN MURID PPKI SEMUA
              KATEGORI
      7.2   PENGURUSAN DAN PERMOHONAN ELAUN MURID KHAD (EMK)
      7.3   PERTUKARAN MURID PENDIDIKAN KHAS KE LUAR DAN KE DALAM NEGERI
      7.4   TEMPOH PERSEKOLAHAN MURID PENDIDIKAN KHAS


8.   MENYELARAS KOKURIKULUM PPKI
      8.1   MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
      8.2   MERANCANG AKTIVITI KO-AKADEMIK PENDIDIKAN KHAS
      8.3   MEMOHON PERUNTUKAN KEAWANGAN
      8.4   MELAKSANAKAN AKTIVITI KOKURIKULUM
      8.5   MENYEDIAKAN LAPORAN AKTIVITI
      8.6   PROGRAM MOTIVASI MURID PPKI
      8.7   MELAKSANAKAN HARI ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM

9.    MENYELARAS HAL EHWAL GURU PPKI

      9.1   PENGURUSAN PERTUKARAN GURU PENDIDIKAN KHAS
      9.2   PENGURUSAN PENEMPATAN GURU PENDIDIKAN KHAS
      9.3   PENGURUSAN BIMBINGAN PEMANTAUAN P&P PENDIDIKAN KHAS
      9.4   KURSUS GURU PPKI
      9.5   PEMANTAUAN PROGRAM PRASEKOLAH PPKI
      9.6   MENGANALIS MAKLUMAT DATA PPKI DAN PEMULIHAN KHAS
      9.7   PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT  GURU PENDIDIKAN KHAS
      9.8   PENGURUSAN GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS

10.  PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN DAN PEROLEHAN PPKI
       10.1   MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN PERMOHONAN KEMUDAHAN FIZIKAL
                 KELAS, PERALATAN DAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
       10.2   MENYEDIAKAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM)
                 KEWANGAN DAN PERJAWATAN .

Tuesday, 28 June 2011

NKRA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM memfokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah- dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun keatas pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi- dimana semua kanak-kanak yang tiadk mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum merlangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Prestasi Tinggi - dimana usaha KPM membangunkan 100 buah 'high performance schools' termasuk ' trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru besar- akujanji atau bai'ah kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan "performance based assessment" mulai tahun 2010.


Friday, 24 June 2011

AKTIVITI PPKI

PPKI telah merancang dan melaksanakan pelbagai program sepanjang tahun 2011. Antara program yang telah dirancang dan dilaksanakan ialah.
1. Tilawah AlQuran Peringkat Sekolah
2. Tilawah AlQuran peringkat Daerah
3. Tilawah AlQuran Peringkat Negeri


4. Tilawah AlQuran peringkat Kebangsaan
     Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Kebangsaan telah berlangsung dari 25 Julai hingga 27 Julai
     2011. Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas kebangsaan Kali ke 8 di rasmikan oleh
     Dato' Seri utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.



Pelbagai aktiviti Program PPKI telah dilaksanakan untuk melatih murid-murid pendidikan khas berdikari.
                                                Tanaman sayur-sayuran di tapak semaian PPKI



                                                      Proses Menanam Cendawan

                                 Kebun Pisang yang diusahakan oleh murid pendidikan khas PPKI
         Guru-guru PPKI SMK Permata Jaya terlibat dengan ko-kurikulum dan membimbing murid PPKI    
         dengan komitmen yang tinggi. "KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANG BERSAMA"
"1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

MESYUARAT UNIT PPKI BPKHAS DAN UNIT PENDIDIKAN KHAS JPN

SALAM.  Satu mesyuarat PPKI pertama, Bahagian Pendidikan Khas bersama ketua Unit Pendidikan Khas Negeri telah berlangsung di D'Feringghi Hotel, Batu Feringghi Pulau Pinang pada 6-8 Jun 2011.Mesyuarat telah di Pengerusikan oleh Encik Wan Zulkifli Haji Wan Muda, Ketua Unit Program Pendidikan Khas Integrasi, Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, mewakili Timbalan Pengarah Cawangan Program Pendidikan Khas, Tuan Hj.Jalaludin bin Hj.Othman. Mesyuarat ini membuka lembaran sejarah PPKI seluruh negara dan langkah pertama menuju masa depan PPKI yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.



Pelan Strategik PPKI 2011/13  telah dibentangkan dan akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat akan datang. Satu Pasukan Task Force juga telah dibentuk untuk melicinkan lagi aktiviti  PPKI seluruh negara yang dianggotai dari Pegawai Bahagian Pendidikan Khas dan Ketua Unit Pendidikan Khas Negeri  mengikut zon.

Kenangan Bersejarah Mesyuarat PPKI Pertama di D'Fheringghi Hotel Pulau Pinang.


Pelbagai isu PPKI telah dibincangkan dan banyak perancangan telah diatur untuk meningkatkan lagi kecemerlangan Pendidikan Khas Integrasi. Ketua-ketua Unit Pendidikan Khas Negeri memberi pandangan dan cadangan secara kolektif.

         Muzakarah juga diteruskan dengan penuh semangat meskipun waktu menjamah hidangan.Tahniah..

_________________________________________________________________________________
                                                                          ***************************************************************************************                     

 
MESYUARAT/PERBINCANGAN BERSAMA BAHAGIAN KEWANGAN DAN BAHAGIAN PENGURUSAN ASET KPM MENGENAI ABM KEAWANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SALAM. Pada 23 Jun 2011, satu perbincangan Ketua Unit PPKI, BPKhas, KPM  dengan Setiausaha Bahagian Kewangan KPM Tuan Haji Jamaluddin bin Yahaya, Pegawai Budget Bahagian Kewangan KPM dan Pegawai Kewangan Bahagian BPAA, KPM telah berlangsung dalam bilik mesyuarat SUB , Bahagian Kewangan dan dipengerusikan oleh SUB Bahagian Kewangan, KPM. Perbincangan berkisar tentang cadangan permohonan Program PPKI untuk memohon peruntukan untuk Program PPKI bagi tahun 2011 sebagai permohonan " One-Off."  serta permohonan ABM Kewangan 2012.  Bahagian Kewangan bersetuju membantu memohon peruntukan dari Kementerian Kewangan manakala Bahagian Pendidikan Khas di minta menyelaraskan permohonan dari Jabatan Pendidikan Negeri dan dipanjangkan kepada Bahagian Kewangan, KPM.

______________________________________________
                                    ****************************************************************


MESYUARAT PRA TASK FORCE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI KALI 1/2011
SALAM. Pada 6-8 Julai satu Mesyuarat Pra Task Force Program Pendidikan Khas Integrasi telah berlangsung di Hotel Putra Kuala Lumpur. Mesyuarat itu di Pengerusikan oleh Encik Wan Zulkifli bin Haji Wan Muda, Ketua Unit PPKI mewaklili Tuan Hj. Jalaludin bin Hj. Othman, Timbalan Pengarah Cawangan Program Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ahli Mesyuarat terdiri dari Encik Aznan bin Alias, Ketua Unit Pendidikan Khas Negeri Perak, Encik Aziz bin Lani, Ketua Unit Pendidikan Khas Negeri Melaka, Tuan Haji Jamaludin bin Haji Haron, Ketua Unit Pendidikan Khas Negeri Selangor dan Puan Aziyah binti Ibrahim, Ketua Unit Pendidikan Khas WP Putrajaya. Mesyuarat juga dihadiri oleh wakil dari Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Encik Musa Bin Wahab(Selangor), Encik Hamzah bin Othman(Johor) , Encik Zaharuddin bin Mohd(WP Putrajaya) dan Penyelaras Program Pendidikan Khas Jalan Reko, Kajang Selangor, Puan Siti Aliza binti Salleh. Beberapa cadangan untuk memantapkan lagi program PPKI telah dipersetujui dan keutamaan tertumpu kepada aktiviti ABM Kewangan PPKI dan Perjawatan PPKI.

____________________________________________________________________________________
                                                                                                  **************************************************************************




MESYUARAT PENYELARASAN ABM KEWANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI.
SALAM. Pada 3 hingga 5 Ogos 2011, Satu Mesyuarat Penyelarasan ABM Kewangan PPKI telah diadakan di Hotel Plaza, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah di pengerusi oleh Ketua Unit PPKI, Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia mewakili Timbalan Pengarah CCPK,BPK, KPM. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua Ketua Unit Pendidikan Khas Negeri dan Negeri Perak diwakili oleh Pemangku Ketua Sektor, Encik Aznan bin Alias. Selain itu terdapat juga beberapa Penolong Pengarah dan guru pendidikan khas hadir membantu. Tujuan mesyuarat ialah untuk menyiapkan kertas cadangan ABM Kewangan PPKI  untuk dipanjangkan kepada Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia.




Semua KU PKhas Negeri bersemangat menyiapkan ABM (kewangan)

                          Perbincangan tentang Program Kecemerlangan Akademik Pendidikan Khas 2011
                              KU Selangor  membentangkan cadangan untuk perbincangan

Ketua Unit sedang kusyuk menyiapkan ABM Kewangan


___________________________________________________________________________________
                                                                                     ***************************************


MESYUARAT PENGURUSAN PERMUAFAKATAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS BERSAMA KETUA SEKTOR DAN KETUA UNIT PENDIDIKAN KHAS JABATAN PELAJARAN NEGERI BIL.1/2011.

SALAM. Pada 14- 16 Ogos 2011, satu mesyuarat permuafakatan anta
ra Bahagian Pendidikan Khas dengan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas dan Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri telah  diadakan di Hotel New Pasific Kota Bharu dalam suasana yang ceria dan bersemangat 1 Malaysia. Ini adalah mesyuarat pengurusan permuafakatan kali 1/2011. Tetamu utama mesyuarat ialah YBg Dr Zahri bin Aziz yang dijadualkan mempengerusikan mesyuarat. Oleh kerana kesibukan jadual tugas rasmi,beliau hanya dapat hadir pada hari isnin jam 11.30 pagi dan terus mempengerusi mesyuarat sehingga jam 3.30 petang dan berangkat pulang ke Putrajaya pada jam 4.45 petang untuk menghadiri urusan kerja.Tahniah dan syabas diucapkan diatas komitment beliau.Sesi Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Tn. Bong Muk Shin mulai jam 8.00 pagi dan diambil alih oleh YBg Dr. Zahri bin Aziz pada jam 11.30 pagi sehingga jam 3.30 petang untuk berhenti rehat solat zohor dan persiapan beliau untuk pulang semula ke Putrajaya. Jam 4.00 mesyuarat diteruskan semula di pengerusikan oleh Tuan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas sehingga jam 6.30 petang. Mesyuarat ini dianggap memecahkan rekod apabila ia memakan masa hampir 11 jam walaupun diadakan pada bulan puasa. Banyak perkara dan isu diperbincangkan terutama yang berkaitan dengan kewangan dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Mesyuarat telah dihadiri oleh 19 orang pegawai dari BPKhas dan kesemua Ketua Sektor serta Ketua Unit Pendidikan Khas dari 16 Jabatan Pelajaran Negeri, kecuali 2 orang Ketua sektor dari Negeri Sabah dan Pulau Pinang tidak hadir dengan maaf. Sempena  mesyuarat ini , satu program lawatan ke sekolah juga telah diadakan iaitu untuk melihat program contoh vokasional PPKI iaitu disekolah SMK Tengku Ibrahim 2, Pasir Mas dan SKPK Lati Kelantan yang telah menjadi contoh sekolah yang menerima anugerah Baiah. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, khususnya Unit Pendidikan Khas yang telah menyediakan bas dan kemudahan untuk sesi lawatan serta buah tangan ole-ole dari Kelantan.
" Pulau Pandan jauh ketengah, Gunung Daik bercabang tiga. Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua ".

DATA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SALAM.  Program Pendidikan Khas Intergrasi berakhir Januari  2011 terdapat sejumlah sebanyak 1972 buah sekolah termasuk sekolah menengah dan rendah serta prasekolah. Sekolah Pendidikan Khas pula sebanyak 32 buah sekolah iaitu 28 buah Sekolah Rendah Pendidikan Khas dan 4 buah sekolah Menengah Pendidikan Khas.

RUMUSAN MURID PPKI MENGIKUT DATA OPERASI SEHINGGA JAN 2011

PRASEKOLAH
Kategori Masalah Pendengaran          Jumlah Program  1      Jumlah Kelas  1         Jumlah Murid  2
Kategori Masalah Penglihatan             Jumlah Program  0      Jumlah Kelas  0         Jumlah Murid  0
Kategori Masalah Pembelajaran         Jumlah Program  146  Jumlah Kelas 148      Jumlah Murid  578
Kategori Disleksia                              Jumlah Program  0      Jumlah Kelas 0          Jumlah Murid 0


                                               ASSALAMUALLAIKUM.. Lawatan ke kelas Prasekolah PPKI


Jumlah Keseluruhan Program PPKI Prasekolah 147 Program
Jumlah Kelas 149 Kelas
Jumlah Murid 600 orang murid

                                                            Contoh Kelas Prasekolah PPKI
PPKI RENDAH
Kategori Masalah Pendengaran          Jumlah Program   60     Jumlah Kelas  149    Jumlah Murid  547
Kategori Masalah Penglihatan             Jumlah Program   17     Jumlah Kelas  47      Jumlah Murid  121
Kategori Masalah Pembelajaran         Jumlah Program   1143 Jumlah Kelas  3981  Jumlah Murid   24476
Kategori Disleksia                              Jumlah Program   47     Jumlah Kelas   87     Jumlah Murid   578


Jumlah Keseluruhan Program PPKI Rendah 1267 Program
Jumlah Kelas 4264 Kelas
Jumlah Murid 25722 orang murid


                                           Lawatan ke Program PPKI  Sekolah Rendah
PPKI MENENGAH
Kategori Masalah Pendengaran          Jumlah Program   42      Jumlah Kelas  190       Jumlah Murid  980
Kategori Masalah Penglihatan            Jumlah Program    19      Jumlah Kelas   88        Jumlah Murid  293
Kategori Masalah Pembelajaran         Jumlah Program    588   Jumlah Kelas  2360     Jumlah Murid   24476
Kategori Disleksia                              Jumlah Program     13    Jumlah Kelas   22        Jumlah Murid   108

Jumlah Keseluruhan Program PPKI Menengah 662 Program
Jumlah Kelas 2660 Kelas
Jumlah Murid 17955 orang murid


RUMUSAN KESELURUHAN

Jumlah Program  PPKI Prasekoah, Rendah dan Menengah 2076 Program
Jumlah Kelas PPKI Prasekolah, Rendan dan Menengah 7073 Kelas
Jumlah Murid PPKI Prasekolah, Rendah dan Menengah 44277 orang murid.
Jumlah Keseluruhan Sekolah  PPKI Prasekolah, Rendah dan Menengah sebanyak 1972 buah.


                           Lawatan ke Program PPKI SMK Permata Jaya Batu Pahat Johor.

                                               Murid PPKI SMK Permata Jaya sedang belajar
Murid Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Penglihatan sedang belajar dengan menggunakan mesin Braille.