Friday 24 June 2011

MESYUARAT UNIT PPKI BPKHAS DAN UNIT PENDIDIKAN KHAS JPN

SALAM.  Satu mesyuarat PPKI pertama, Bahagian Pendidikan Khas bersama ketua Unit Pendidikan Khas Negeri telah berlangsung di D'Feringghi Hotel, Batu Feringghi Pulau Pinang pada 6-8 Jun 2011.Mesyuarat telah di Pengerusikan oleh Encik Wan Zulkifli Haji Wan Muda, Ketua Unit Program Pendidikan Khas Integrasi, Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, mewakili Timbalan Pengarah Cawangan Program Pendidikan Khas, Tuan Hj.Jalaludin bin Hj.Othman. Mesyuarat ini membuka lembaran sejarah PPKI seluruh negara dan langkah pertama menuju masa depan PPKI yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.



Pelan Strategik PPKI 2011/13  telah dibentangkan dan akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat akan datang. Satu Pasukan Task Force juga telah dibentuk untuk melicinkan lagi aktiviti  PPKI seluruh negara yang dianggotai dari Pegawai Bahagian Pendidikan Khas dan Ketua Unit Pendidikan Khas Negeri  mengikut zon.

Kenangan Bersejarah Mesyuarat PPKI Pertama di D'Fheringghi Hotel Pulau Pinang.


Pelbagai isu PPKI telah dibincangkan dan banyak perancangan telah diatur untuk meningkatkan lagi kecemerlangan Pendidikan Khas Integrasi. Ketua-ketua Unit Pendidikan Khas Negeri memberi pandangan dan cadangan secara kolektif.

         Muzakarah juga diteruskan dengan penuh semangat meskipun waktu menjamah hidangan.Tahniah..

_________________________________________________________________________________
                                                                          ***************************************************************************************                     

 
MESYUARAT/PERBINCANGAN BERSAMA BAHAGIAN KEWANGAN DAN BAHAGIAN PENGURUSAN ASET KPM MENGENAI ABM KEAWANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SALAM. Pada 23 Jun 2011, satu perbincangan Ketua Unit PPKI, BPKhas, KPM  dengan Setiausaha Bahagian Kewangan KPM Tuan Haji Jamaluddin bin Yahaya, Pegawai Budget Bahagian Kewangan KPM dan Pegawai Kewangan Bahagian BPAA, KPM telah berlangsung dalam bilik mesyuarat SUB , Bahagian Kewangan dan dipengerusikan oleh SUB Bahagian Kewangan, KPM. Perbincangan berkisar tentang cadangan permohonan Program PPKI untuk memohon peruntukan untuk Program PPKI bagi tahun 2011 sebagai permohonan " One-Off."  serta permohonan ABM Kewangan 2012.  Bahagian Kewangan bersetuju membantu memohon peruntukan dari Kementerian Kewangan manakala Bahagian Pendidikan Khas di minta menyelaraskan permohonan dari Jabatan Pendidikan Negeri dan dipanjangkan kepada Bahagian Kewangan, KPM.

______________________________________________
                                    ****************************************************************


MESYUARAT PRA TASK FORCE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI KALI 1/2011
SALAM. Pada 6-8 Julai satu Mesyuarat Pra Task Force Program Pendidikan Khas Integrasi telah berlangsung di Hotel Putra Kuala Lumpur. Mesyuarat itu di Pengerusikan oleh Encik Wan Zulkifli bin Haji Wan Muda, Ketua Unit PPKI mewaklili Tuan Hj. Jalaludin bin Hj. Othman, Timbalan Pengarah Cawangan Program Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ahli Mesyuarat terdiri dari Encik Aznan bin Alias, Ketua Unit Pendidikan Khas Negeri Perak, Encik Aziz bin Lani, Ketua Unit Pendidikan Khas Negeri Melaka, Tuan Haji Jamaludin bin Haji Haron, Ketua Unit Pendidikan Khas Negeri Selangor dan Puan Aziyah binti Ibrahim, Ketua Unit Pendidikan Khas WP Putrajaya. Mesyuarat juga dihadiri oleh wakil dari Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Encik Musa Bin Wahab(Selangor), Encik Hamzah bin Othman(Johor) , Encik Zaharuddin bin Mohd(WP Putrajaya) dan Penyelaras Program Pendidikan Khas Jalan Reko, Kajang Selangor, Puan Siti Aliza binti Salleh. Beberapa cadangan untuk memantapkan lagi program PPKI telah dipersetujui dan keutamaan tertumpu kepada aktiviti ABM Kewangan PPKI dan Perjawatan PPKI.

____________________________________________________________________________________
                                                                                                  **************************************************************************




MESYUARAT PENYELARASAN ABM KEWANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI.
SALAM. Pada 3 hingga 5 Ogos 2011, Satu Mesyuarat Penyelarasan ABM Kewangan PPKI telah diadakan di Hotel Plaza, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah di pengerusi oleh Ketua Unit PPKI, Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia mewakili Timbalan Pengarah CCPK,BPK, KPM. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua Ketua Unit Pendidikan Khas Negeri dan Negeri Perak diwakili oleh Pemangku Ketua Sektor, Encik Aznan bin Alias. Selain itu terdapat juga beberapa Penolong Pengarah dan guru pendidikan khas hadir membantu. Tujuan mesyuarat ialah untuk menyiapkan kertas cadangan ABM Kewangan PPKI  untuk dipanjangkan kepada Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia.




Semua KU PKhas Negeri bersemangat menyiapkan ABM (kewangan)

                          Perbincangan tentang Program Kecemerlangan Akademik Pendidikan Khas 2011
                              KU Selangor  membentangkan cadangan untuk perbincangan

Ketua Unit sedang kusyuk menyiapkan ABM Kewangan


___________________________________________________________________________________
                                                                                     ***************************************


MESYUARAT PENGURUSAN PERMUAFAKATAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS BERSAMA KETUA SEKTOR DAN KETUA UNIT PENDIDIKAN KHAS JABATAN PELAJARAN NEGERI BIL.1/2011.

SALAM. Pada 14- 16 Ogos 2011, satu mesyuarat permuafakatan anta
ra Bahagian Pendidikan Khas dengan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas dan Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri telah  diadakan di Hotel New Pasific Kota Bharu dalam suasana yang ceria dan bersemangat 1 Malaysia. Ini adalah mesyuarat pengurusan permuafakatan kali 1/2011. Tetamu utama mesyuarat ialah YBg Dr Zahri bin Aziz yang dijadualkan mempengerusikan mesyuarat. Oleh kerana kesibukan jadual tugas rasmi,beliau hanya dapat hadir pada hari isnin jam 11.30 pagi dan terus mempengerusi mesyuarat sehingga jam 3.30 petang dan berangkat pulang ke Putrajaya pada jam 4.45 petang untuk menghadiri urusan kerja.Tahniah dan syabas diucapkan diatas komitment beliau.Sesi Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Tn. Bong Muk Shin mulai jam 8.00 pagi dan diambil alih oleh YBg Dr. Zahri bin Aziz pada jam 11.30 pagi sehingga jam 3.30 petang untuk berhenti rehat solat zohor dan persiapan beliau untuk pulang semula ke Putrajaya. Jam 4.00 mesyuarat diteruskan semula di pengerusikan oleh Tuan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas sehingga jam 6.30 petang. Mesyuarat ini dianggap memecahkan rekod apabila ia memakan masa hampir 11 jam walaupun diadakan pada bulan puasa. Banyak perkara dan isu diperbincangkan terutama yang berkaitan dengan kewangan dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Mesyuarat telah dihadiri oleh 19 orang pegawai dari BPKhas dan kesemua Ketua Sektor serta Ketua Unit Pendidikan Khas dari 16 Jabatan Pelajaran Negeri, kecuali 2 orang Ketua sektor dari Negeri Sabah dan Pulau Pinang tidak hadir dengan maaf. Sempena  mesyuarat ini , satu program lawatan ke sekolah juga telah diadakan iaitu untuk melihat program contoh vokasional PPKI iaitu disekolah SMK Tengku Ibrahim 2, Pasir Mas dan SKPK Lati Kelantan yang telah menjadi contoh sekolah yang menerima anugerah Baiah. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, khususnya Unit Pendidikan Khas yang telah menyediakan bas dan kemudahan untuk sesi lawatan serta buah tangan ole-ole dari Kelantan.
" Pulau Pandan jauh ketengah, Gunung Daik bercabang tiga. Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua ".

1 comment: